MESYUARAT KETIGA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Adakah Negeri Pulau Pinang terlibat dengan cadangan penswastaan pembuangan sampah kepada Syarikat Metrocorp seperti yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan yang dikatakan akan mengambil sampah daripada Ipoh hingga ke Perlis. Siapakah pemilik Syarikat Metrocorp.
Dun -
Exco THN
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
Kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa Konsortium Metacorp telah dilantik oleh Unit Perancang Ekonomi untuk mengambilalih konsesi penswastaan pengurusan sisa pepejal untuk zon utara dengan pegangan ekuiti konsortium seperti berikut:
(i) Syarikat Metacorp Berhad - 50%
(ii) Kualiti Alam Holdings Sdn. Bhd. - 50%

Pihak Konsortium akan hanya melaksanakan aktiviti perkhidmatan kutipan sisa pepejal bagi negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Pihak Konsortium telah menubuh sebuah syarikat usahasama E-Idaman Sdn. Bhd. bagi tujuan ini. Pengarah-pengarah E-Idaman Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:

1. Azmanuddin Haq bin Ahmad
2. Dato' Ikhmal Hijaz bin Hashim
3. Datuk Syed Azmi bin Syed Othman
4. Dato' Dr Nik Hussain bin Abdul Rahman
5. Dato' Azmil Khalili bin Khalid
6. Md Rijaluddin bin Mohd Salleh




Kembali