Jawapan
Taman Perindustrian Bukit Minyak (BMIP) adalah satu taman industri yang dirancang dan dibina oleh PDC dengan secara menyeluruh dan komprehensif untuk menyediakan infrastuktur yang asas yang diperlukan oleh industri.
BMIP yang mempunyai keluasan 602.4 hektar terletak dikawasan yang strategi, berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan.BMIP ini dirancang supaya memberi peluang pekerjaan bagi kawasan pertumbuhan baru di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. BMIP ini telah menjadi suatu pemangkin untuk pertumbuhan kawasan perumahan dan penempatan yang baru di sekitar Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Kerajaan Negeri telah merancang dengan teliti dan menyediakan kemudahan-kemudahan berikut bagi menarik pelaburan di kawasan tersebut:
1) Susun atur (plan layout) dirancang dengan teliti yang mempunyai kawasan lapang yang luas, lalu lintas yang efisien dan sistem perparitan yang baik.
2) Industri-industri di BMIP adalah ditempatkan di zon-zon yang disediakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi tujuan pengawalan alam sekitar yang sempurna.
3) Bagi membantu industri, BMIP kini dilengkapi dengan sistem pengolahan kumbahan. Tanah lapang juga disediakan bagi projek-projek stesen pemindahan untuk sisa toksin dan pepejal pada masa hadapan.
4) Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif-inisiatif bagi menempatkan pusat-pusat latihan seperti Japan-Malaysia Teknical Institute (JMTI) dan cawangan Penang Skills Development Center (PSDC), yang memberi latihan-latihan yang sesuai bagi pekerja-pekerja di BMIP.
5) Kerajaan Negeri juga sedang merancang pembinaan Pusat Perkhidamatan (Service Center) bagi memenuhi permintaan industri di BMIP. Pusat ini dijangkakan akan dapat menyediakan perkhidmatan dari bank-bank, syarikat-syarikat logistik, kedai makanan dan taman rekreasi.
Dalam proses mempromosikan BMIP, Kerajaan Negeri telah mengekalkan harga tanah industri yang kompetitif. Selain itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan skim-skim istimewa bagi membantu dan menarik SMI. Kerajaan Negeri juga dari semasa ke semasa mengkaji semula harga unit-unit SMI selaras dengan harga pasaran.
Selain dari menyediakan suasana pelaburan yang baik di dalam BMIP, Kerajaan Negeri juga mengambil tindakan untuk menyediakan dan membaik-pulih infrastruktur-infrastruktur di luar kawasan BMIP. Ini merangkumi penyediaaan satu laluan terus ke Lebuhraya Utara-Selatan bagi memudahkan pemindahan dan kemasukan barang-barang dari BMIP. Ini adalah satu kriteria yang penting bagi menarik pelaburan di BMIP.
Taman industri BMIP dizonkan untuk menempatkan pelbagai jenis industri seperti industri-industri elektronik & elektrikal, tekstil, plastik & getah, proses makanan, berasaskan kimia, logistik & pergudangan dan industri berasakan logam.
Mengikut perangkaan kajiselidik PDC, sejumlah 85 buah kilang sedang beroperasi di Taman ini dengan pengunaan jumlah gunatenaga seramai 3,173 orang.
Baru-baru ini,satu zon khas telah dikenalpasti untuk dibangunkan bagi industri-industri bioteknologi, pharmaceuticals, nutriceuticals, makmal kajian, pusat R & D dan industri industri berkenaan. Zon ini merangkumi kawasan seluas 169 hectare dan aktiviti- aktiviti promosi sedang dilaksanakan. Pihak PDC sedang giat mempromosikan industri sedemikian rupa di kalangan bakal pelabur tempatan maupun asing.