Jawapan
(a) Industri ternakan ayam masih mempunyai masa depan yang baik di Pulau Pinang.
(b) Penguatkuasaan syarat reban ayam tertutup sebenarnya bertujuan memastikan kelestarian industri ini di masa hadapan. Pada masa ini terdapat 9 buah ladang yang beroperasi menggunakan sistem ini. Dijangkakan bahawa tiada reban ayam yang akan ditutup apabila pelaksanaan dibuat kerana semua ladang dijangka boleh menukar kepada sistem reban tertutup sebelum 31 Disember 2005.
(c) Bagi membantu mereka yang tidak dapat mematuhi syarat, Kementerian Pertanian ada menawarkan satu insentif kepada ladang-ladang sedia ada untuk menukar kepada sistem tertutup. Insentif yang termasuk dalam Bajet 2003 ini adalah berupa pengurangan cukai sebanyak 60% daripada perbelanjaan keseluruhan modal sebagai elaun pelaburan selama 15 tahun. Insentif ini diberikan kepada penternak di Koridor Barat Semenanjung Malaysia berdasarkan syarat-syarat berikut :
(i) ladang ayam pedaging mestilah beroperasi dengan jumlah minimum 20,000 ekor ayam sepusingan.
(ii) sementara ayam penelur pula tidak kurang daripada 50,000 ekor sepusingan.
Dimaklumkan juga bahawa sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan di Kementerian Pertanian untuk mempertimbangkan pemohonan melibatkan insentif tersebut.