Jawapan
5. Bilangan unit rumah kos rendah, kos sederhana rendah, PPR dan PPRT yang telah siap dan ditawarkan kepada rakyat miskin di negeri ini sejak tahun 1996 adalah seperti di jadual berikut.
Bil. Jenis Rumah Bilangan Unit
Projek Projek Kerajaan/
Swasta Agensi
1. Rumah Kos Rendah 15,218 3,234
2. Rumah Kos Sederhana 11,236 428
Rendah
3. Projek Perumahan Disewa 1,441
Rakyat (PPR)
4. Projek PPRT (PERDA) 443
Untuk makluman Yang Berhormat, konsep Projek Perumahan Rakyat ( PPR ) melibatkan dua jenis skim iaitu PPR untuk Disewa dan Dimiliki. PPR Disewa adalah untuk golongan miskin yang tidak mampu membeli rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah. Unit disewakan bagi tempoh selama lima tahun sahaja dengan kadar dalam lingkungan RM100 sebulan. Dalam tempoh tersebut, penghuni-penghuni perlulah berusaha meningkatkan kemampuan untuk membeli rumah sendiri. Bagi PPR Dimiliki, rumah kos rendah berkenaan akan dijual kepada pembeli yang layak.
Konsep PPRT yang dibina oleh PERDA pula mengandungi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) yang mana peruntukan tidak melebihi RM 5,190.00 seunit disediakan untuk membaiki rumah-rumah yang telah rosak dan uzur dan tidak melebihi RM12,370.00 untuk membina rumah termasuk nilai tanah. Program ini bertujuan untuk membantu golongan termiskin, Ibu-ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik.
Jumlah projek perumahan terbengkalai yang telah dibantu dan dihidupkan semula oleh kerajaan negeri adalah seperti berikut:
Bil. Projek Terbengkalai 16
Telah dipulih dan masih dalam pembinaan 3
Dapat sijil Penghunian(O.C ) 6
Dalam Proses dapatkan O.C 2
Masih dalam rundingan 5