Jawapan
2. Keluasan Taman Kebun Bunga, Pulau Pinang telah secara rasmi ditambah keluasannya dari 72 ekar kepada 595 ekar. Perluasan kebun bunga ini telah pun diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri No.183 bertarikh 31 Julai 2003.
Dari segi pembangunan fizikal dalam rancangan perluasan kebun bunga, 2 projek utama yang dirancang telah mula dilaksanakan seperti berikut :-
(i) Pembinaan tempat letak kereta awam yang menyediakan 250 petak letak kereta. Projek ini telah siap dilaksanakan pada 2002 dengan kos pembinaannya berjumlah RM200,000.00 dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan pusat.
(ii) Projek Rekreasi Rakyat (Botanic Park) yang baru berkeluasan 10 ekar di atas Lot. 2850 dan 2845, Mukim 18 Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Fasa pertama projek tersebut telah bermula pada penghujung 2003. Manakala kos pembinaannya adalah dalam lingkungan RM2.0 juta dan sebahagian besarnya dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Projek ini dijangka siap pada 2005.