Jawapan
12. Adakah tidak benar kepentingan pekedai-pekedai berlesen tidak dijaga kerana kedua-dua Majlis Perbandaran sentiasa mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang berniaga tanpa lesen atau menjalankan aktiviti tanpa kebenaran. Antara tindakan yang telah diambil oleh MPPP adalah seperti berikut:-
(a) Tindakan kompaun berjadual mengikut dasar Majlis. Bagi tahun 2003, jumlah kompaun yang telah dikeluarkan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen ialah:
(i) Establishment Makanan - 3,441
(ii) Trade, Perniagaan dan Perindustrian - 897(b)
Tindakan rampasan/sumari dari masa ke semasa. Bagi tahun 2003, jumlah tindakan rampasan ialah sebanyak 202.
MPPP juga mengeluarkan notis dan mengambil tindakan merobohkan struktur haram yang telah dibina di tapak tanpa kelulusan atau merampas barang-barang yang berkaitan dengan tukar guna bangunan yang dijalankan tanpa kebenaran Majlis.
Tindakan mahkamah.
(b) Tindakan penguatkusaan yang diambil oleh MPSP terhadap peniaga-peniaga tanpa lesen sepanjang tahun 2003 adalah seperti berikut:-
(i) Kompaun - 1816
(ii) Mahkamah - 337
(iii) Rampasan - 139