MESYUARAT KEEMPAT PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Adakah pihak majikan atau pengurusan kilang perlu mengemukakan surat selain surat notis berhenti (letter of retrenchment) kepada pekerja-pekerjanya sebelum kilang memberhentikan operasinya mengikut undang-undang buruh.
Dun -
Exco TKW
Perkara Perindustrian (Perusahaan)

Jawapan

Apabila sesebuah kilang ingin menutup operasinya pihak majikan mestilah memberi notis mengikut apa yang diperuntukkan di dalam Seksyen 12 (2) Akta Kerja 1955. Selain daripada itu, pihak majikan wajib menyatakan jumlah faedah penamatan yang perlu dibayar kepada pekerja mengikut Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980 Aturan 6 di bawah Akta Kerja 1955
Kembali