MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Apakah kriteria-kriteria pemilihan dan pelantikan seorang ahli majlis. Apakah rancangan masa depan untuk menjadikan sistem pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih Cekap, Akauntabiliti Telus?
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara Pentadbiran

Jawapan
56. (a) Kriteria pemilihan dan pelantikan seorang Ahli Majlis adalah mengikut Seksyen 10(2) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 yang berbunyi :

"Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dilantik dari antara orang-orang yang bilangan terbesar daripada mereka hendaklah orang-orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan atau yang telah memperolehi kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan-kepentingan kaum-kaum mereka dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu."

Di samping itu, kerajaan negeri telah mengenakan kriteria tambahan dalam pemilihan dan pelantikan Ahli Majlis seperti berikut :
i) Bekas pegawai kerajaan hendaklah mereka yang bebas dari sebarang tindakan disiplin dan tatatertib hukuman berat;
ii) Calon tidak mempunyai rekod keselamatan / jenayah (rujukan kepada Polis); dan
iii) Calon tidak seorang muflis (rujukan kepada Jabatan Insolvensi).

b) Di antara Rancangan masa depan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan negeri untuk menjadikan sistem pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih Cekap, Akauntabiliti dan Telus serta selaras dengan prinsip demokrasi ialah dengan mengadakan pemilihan Ahli Majlis melalui sistem pilihan raya. Di samping itu, kerajaan negeri menyokong prinsip No Taxation Without Representation.

Pelantikan Ahli Majlis di bawah kuasa kerajaan negeri.




MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEDUABELAS
20 APRIL 2009
PERKARA : 5(A)56
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PANTAI JEREJAK Y.B. TUAN SIM TZE TZIN
56. Apakah kriteria-kriteria pemilihan dan pelantikan seorang ahli majlis. Apakah rancangan masa depan untuk menjadikan sistem pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih Cekap, Akauntabiliti Telus?

YB. TUAN CHOW KON YEOW
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
56. (a) Kriteria pemilihan dan pelantikan seorang Ahli Majlis adalah mengikut Seksyen 10(2) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 yang berbunyi :

"Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dilantik dari antara orang-orang yang bilangan terbesar daripada mereka hendaklah orang-orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan atau yang telah memperolehi kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan-kepentingan kaum-kaum mereka dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu."

Di samping itu, kerajaan negeri telah mengenakan kriteria tambahan dalam pemilihan dan pelantikan Ahli Majlis seperti berikut :
i) Bekas pegawai kerajaan hendaklah mereka yang bebas dari sebarang tindakan disiplin dan tatatertib hukuman berat;
ii) Calon tidak mempunyai rekod keselamatan / jenayah (rujukan kepada Polis); dan
iii) Calon tidak seorang muflis (rujukan kepada Jabatan Insolvensi).

b) Di antara Rancangan masa depan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan negeri untuk menjadikan sistem pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih Cekap, Akauntabiliti dan Telus serta selaras dengan prinsip demokrasi ialah dengan mengadakan pemilihan Ahli Majlis melalui sistem pilihan raya. Di samping itu, kerajaan negeri menyokong prinsip No Taxation Without Representation.

Pelantikan Ahli Majlis di bawah kuasa kerajaan negeri.













56. Apakah kriteria-kriteria pemilihan dan pelantikan seorang ahli majlis. Apakah rancangan masa depan untuk menjadikan sistem pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih Cekap, Akauntabiliti Telus?

Maklumat tambahan:
1. Ahli Majlis MPPP dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Seksyen 10(1), Akta Kerajaan Tempatan, 1976 memperuntukan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah terdiri daripada Yang Dipertua dan tidak kurang lapan (8) dan tidak lebih daripada dua puluh empat (24) Ahli Majlis yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

2. Tiada peruntukan khusus di dalam Akta Kerajaan Tempatan, 1976 yang mengkehendaki Ahli Majlis dipilih mengikut kawasan. Seksyen 10(2), Akta Kerajaan Tempatan, 1976 memperuntukan bahawa Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah orang-orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu dan pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan atau yang telah memperolehi kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, atau pun mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan-kepentingan kaum-kaum mereka dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu.

3. Selaras dengan prinsip CAT, kerajaan negeri telah mengarahkan ditubuhkan satu Local Government Elections Working Group (LGEWG) yang diantaranya ditugaskan untuk mengkaji kesesuaian pilihanraya untuk pelantikan Ahli Majlis bagi MPPP dan MPSP. Disamping itu, LGEWG juga diminta untuk menggaris dan merancangkan satu Road Map To Local Government Elections. LGEWG diketuai oleh Dr. Goh Ban Lee, seorang bekas Ahli Majlis MPPP dan bekas pensyarah USM.

Pengerusi LGEWG telah membentangkan kertas "Road Map To Local Government Elections" dalam Forum Perundingan Kerajaan Tempatan Bil. 1/2009 pada 31 Mac 2009 yang di adakan di Kompleks Masyarakat Penyayang. LGEWG merujuk kepada Laporan Athi Nahappan 1968 yang mengesyorkan supaya diadakan Ahli Majlis Tempatan yang dipilih melalui pilihanraya. Langkah-langkah yang dicadangkan oleh LGEWG adalah seperti berikut :

i) Kerajaan negeri meluluskan satu resolusi meminta diadakan pilihanraya bagi kerajaan tempatan dalam Dewan Undangan Negeri.

ii) Kerajaan negeri memperuntukan bajet untuk aktiviti bagi mempromosi dan kempen bagi lantikan Ahli Majlis melalui pilihanraya.

iii) Wakil negeri dalam Majlis Negara Kerajaan Tempatan membentangkan alasan untuk pilihanraya kerajaan tempatan dan dapat sokongan daripada kerajaan negeri lain.

iv) Ahli Parlimen Pulau Pinang perlu meyuarakan isu pilhanraya bagi kerajaan tempatan didalam Parlimen.
v) Mengadakan Pihak Berkuasa Perundangan untuk menulis pandangan secara khusus cadangan kerajaan negeri mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Kembali