Jawapan
8.
Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa MMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti sentiasa berusaha untuk memantapkan institusi kekeluargaan rakyat Pulau Pinang. Oleh yang demikian walaupun dengan peruntukan yang terhad, beberapa program telah dirangka untuk dilaksanakan antaranya ialah Program Hari Keluarga dan Forum Kemahiran Kekeluargaan dan Keibubapaan dari masa ke semasa. Program-program yang akan dijalankan ini bertujuan agar seluruh isi keluarga dapat meluangkan masa beriadah sambil memupuk dan memperkukuhkan hubungan kekeluargaan.
Namun begitu, beberapa program berbentuk kekeluargaan telah pun mula dilaksanakan sebagai contohnya Karnival Hari Wanita Sedunia pada 7-8 Mac lalu yang turut melibatkan forum berbentuk kekeluargaan dan Ceramah Keibubapaan.
Di samping itu, beberapa aktiviti lain yang berkonsepkan penyertaan kekeluargaan yang mempromosikan cara hidup yang lebih sihat (healthy active lifestyle) dan yang mampu mengeratkan tali persaudaraan di kalangan keluarda dan masyarakat turut telah dijalankan secara berterusan pada setiap hujung minggu di Padang Kota Lama seperti:
- Program Senaman Komuniti
(aktiviti senaman sihat yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa dan agama untuk sama-sama membentuk kehidupan yang lebih)
- Program Sembang-Sembang Ikan
(aktiviti perkongsian ilmu dan pengetahuan dunia pancingan yang dibuka kepada orang ramai dan keluarga yang berminat)
- Permainan Layang-layang
(program aksi pertunjukkan permainan layang-layang akrobatik dan permainan layang-layang secara beramai-ramai yang boleh disertai oleh masyarakat dan keluarga. )
- Demonstrasi Kereta Kawalan Radio
(aktiviti kereta kawalan radio/jauh yang makin diminati oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan kanak-kanak yang sentiasa tertarik dengan aksi-aksi hebat yang ditunjukkan.)
- Jogging dan Senaman Komuniti
(aktiviti jogging / jalan ringan yang dijalankan di padang kota lama. Terbuka kepada sesiapa yang berminat)
- Program Berbasikal (Penang Heritage Experience on Wheels)
(program berbasikal secara berkelompok yang diadakan untuk menggalakkan sukan riadah berbasikal di kalangan masyarakat Pulau Pinang dan keluarga-keluarga. Telah mula menarik minat penyertaan dari individu dan keluarga)
- Demonstrasi Motosikal Mini Pocketbike
(demonstrasi motosikal mini yang dapat menarik minat semua golongan masyarakat dengan aksi-aksi dan kelincahan para penunggang yang mampu menarik hati penonton sesiapa sahaja)
Selain itu, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negeri (LPPKN) juga banyak mengendalikan program-program berbentuk kursus, seminar dan bengkel yang dianjurkan khas kepada mereka yang telah berkeluarga. Terdapat lima (5) modul yang diperkenalkan oleh LPPKN iaitu Pancaran Kasih, Belaian Kasih, Bahtera Kasih, Mutiara Kasih dan Permata Kasih.
Bagi pasangan yang bakal dan baru mendirikan rumah tangga, Program Smart Start dianjurkan. Manakala kepada pasangan yang bekerjaya, Program Parenting at Work diperkenalkan. Kesemua program yang disebut di atas adalah langkah-langkah bagi memperkukuh dan memantapkan lagi institusi kekeluargaan di Negeri Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa MMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti sentiasa berusaha untuk memantapkan institusi kekeluargaan rakyat Pulau Pinang. Oleh yang demikian, walaupun dengan peruntukan yang amat terhad, beberapa program untuk komuniti telah dirangka untuk dilaksanakan antaranya ialah Sambutan Hari Ibu dan Tayangan Wayang Pacak. Program-program ini bertujuan agar seluruh isi keluarga dapat meluangkan masa beriadah sambil memupuk dan memperkukuhkan hubungan kekeluargaan.