MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Berapa jumlah taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) dan taman asuhan kanak-kanak (TASKA/TADIS) yang ada di Negeri Pulau Pinang. Sila senaraikan jumlah mengikut daerah dan nama pengusaha-pengusaha yang terlibat. Berapakah yang tidak mendapat lesen? Apakah usaha yang dijalankan untuk mengatasi masalah ini?
Dun -
Exco PBP
Perkara Pendidikan

Jawapan
YB. TUAN PHEE BOON POH
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

14. 1) Mengikut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat terdapat 196 buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) persendirian sedang beroperasi di Negeri Pulau Pinang. Senarai TASKA mengikut daerah seperti di lampiran.

2) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mengelola sebanyak 115 buah TABIKA Perpaduan dan pecahannya mengikut daerah seperti berikut:-

DTL – 26;

DBD – 13;

SPU – 21;

SPT – 36; dan

SPS- 19.


3) Taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) dan taman asuhan kanak-kanak (Taska/ Tadika) di negeri ini yang melalui permohonan kebenaran merancang dan cadangan tukar guna premis-premis yang telah diluluskan adalah masing-masing sebanyak 98 dan 47 buah.

4) Bagi TABIKA yang tidak mempunyai lesen, usaha kerajaan negeri untuk mengatasinya adalah dengan menggesa pengusaha menyediakan keperluan sebagaimana yang dikehendaki oleh jabatan teknikal seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat menjalankan usaha bagi mengatasi masalah ini melalui program advokasi dari masa ke semasa untuk menggalakkan semua pengusaha TASKA berdaftar dengan jabatan.

Manakala Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas TABIKA yang tidak mempunyai lesen.







Kembali