Jawapan
1) Program-program kitar semula yang sedang dan akan dijalankan oleh MPPP adalah seperti berikut:-
(i) Program kutipan komputer terpakai (E-waste) bersama Dell Asia
Pacific, Sunshine Group (Sunshine Departmental Store), PEWOG, IKR
Industries dan Kerajaan Negeri. Program ini telah diperluaskan
ke seluruh pulau;
(ii) Memperkenalkan program Bank Kitar Semula ke sekolah-sekolah
rendah;
(iii) Menganjurkan ceramah kesedaran kitar semula kepada institusi-
institusi yang memohon kerjasama;
(iv) Mangkaji semula program kitar semula dan membuat formulasi
strategi baru untuk tahun 2010;
(v) Mengendalikan kutipan E-waste di Stor MPPP, Jalan Kampung Jawa
Baru dan Jalan Oldham, Pulau Pinang, dan
(vi) Program kempen berterusan melalui kaedah ceramah, pameran,
pameran di karnival TV3 dan latihan kepada sekolah-sekolah, pusat-
pusat pengajian, sektor swasta dan sektor awam.
Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak memperuntukkan peruntukan baru untuk membeli tong-tong kitar semula bagi tahun 2009. Namun sebanyak 13 set tong kitar semula telah diedarkan pada tahun 2008 dan masih terdapat 9 set tong kitar semula dari stok sedia ada untuk tujuan edaran kepada pihak yang berminat untuk menjalankan aktiviti kitar semula.
2) MPSP telah mewujudkan 30 pusat pengumpulan kitar semula di seluruh Seberang Perai dengan digerakkan oleh masyarakat melalui Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga dan lain-lain. Di samping itu, phak MPSP juga telah membekalkan tong kitar semula kepada 108 buah sekolah. Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti yang berikut :
i. Pengumpulan barangan terpakai.
ii. Pengumpulan barangan elektrik dan elektronik.
iii. Pengkomposan sisa dapur.
iv. Penghasilan Effective Microorganisme (EM).
v. Pendidikan Berterusan Kepada Masyarakat (pamer,risalah,ceramah
dan lain-lain).
vi. Khidmat Nasihat.
MPSP juga memperuntukan sejumlah bayaran seperti di bawah sebagai insentif kepada pusat pengumpulan dan pusat pengajian bermula dari tahun 2005.
2005 - RM 12,770.00
2006 - RM 24,260.00
2007 - RM 19,140.00
2008 - RM 22,130.00
2009 - RM 25,000.00 (Anggaran)
Pada masa kini, MPSP mempunyai bilangan tong yang terhad dan diberi kepada pihak yang berminat untuk melaksanakannya.