MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Apa peranan yang dimainkan oleh Perda (Penang Regional Development Authority) dalam pembangunan Negeri Pulau Pinang, terutamanya di kawasan luar bandar?
Dun -
Exco KM
Perkara PERDA

Jawapan
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Akta 282. pada 27 Oktober 1990 PERDA telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Berkuatkuasa 15 Ogos 2005 PERDA diletakkan di bawah pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM).

Visi PERDA adalah bagi menjadi agensi pembangunan wilayah yang dinamik dalam menerajui pelaksanaan pembangunan wilayah di Pulau Pinang. Selain itu PERDA mempunyai misi bagi menggerak pembangunan masyarakat setempat menerusi pelaksanaan dan pengurusan program/projek sosio-ekonomi yang berkesan melalui tadbir urus yang baik.

Fungsi utama PERDA adalam pembangunan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

i. Memajukan, menggalak, membantu dan mengusaha pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang;

ii. Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang;

iii.Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut diatas di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang;

Bagi kawasan luar bandar PERDA banyak terlibat dalam program pembangunan usahawan dan industri desa. PERDA menyediakan latihan dan bimbingan kepada usahawan serta mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain bagi memasarkan produk-produk usahawan PERDA. Selain itu PERDA juga terlibat dalam sektor pelancongan desa terutama program-program homestay di Pulau Pinang. Perda terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek-projek menaiktaraf homestay di beberapa kampung seluruh Pulau Pinang.

PERDA juga tidak ketinggalan dalam program pembangunan sosial. Antara program yang telah dilaksanakan ialah program e-komuniti yang bertujuan bagi merangsang komuniti Bumiputera di Pulau Pinang agar lebih dinamik selaras dengan kemajuan semasa. Penggunaan ICT turut diterapkan kepada penduduk luar bandar seterusnya mengurangkan jurang digital di antara penduduk bandar dengan luar bandar.
Kembali