MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Sila nyatakan dengan terperinci pelan pemasaran pelancongan Negeri Pulau Pinang yang merangkumi sektor MICE, perubatan pelancongan, eko-pelancongan, MM2H, cruise (kapal mewah) dan warisan. Apakah sasaran ketibaan untuk setiap sektor bagi tahun 2009 dan apa yang dicapai bagi tahun 2008 mengikut sektor?
Dun -
Exco LHK
Perkara Invest Penang

Jawapan
10. Kerajaan negeri telah menggariskan 10 teras utama pembangunan pelancongan iaitu :

1. Pelancongan Perubatan
2. Pelancongan Kebudayaan, Warisan dan Sejarah
3. Pelancongan Pendidikan
4. Pelancongan Eko
5. Pelancongan Sukan
6. Ibu Pejabat Wilayah bagi MNCs
7. Pusat MICE
8. Dataran Kulinari
9. Pusat Filem dan Kesenian, dan
10. Pusat Membeli-belah.

Berdasarkan teras di atas, kerajaan negeri telah menyusun program promosi dan pemasaran melalui kaedah berikut :

(i) Menerbitkan risalah-risalah pelancong mengenai tempat-tempat yang indah dilawati serta bekerjasama dengan pihak-pihak pemain industri pelancongan;

(ii) Mengeluarkan iklan dalam majalah-majalah pelancongan di dalam dan luar negeri;

(iii) Mewujudkan papan-papan iklan (billboards) pelancongan di kawasan strategik;

(iv) Mengadakan program-program keraian menyambut kedatangan pelancong;

(v) Mengambil bahagian dan turut serta dalam pameran-pameran pelancongan antarabangsa iaitu di United Kingdom, Timur Tengah, Eropah dan Asia; dan

(vi) Menganjurkan lawatan familiarisasi untuk mereka yang terlibat dengan pelancongan dari luar negeri.

Daripada program-program dan aktiviti-aktiviti tersebut, kerajaan negeri mensasarkan peningkatan bilangan pelancong dalam dan luar negeri pada tahun ini memandangkan sambutan yang amat menggalakkan daripada promosi-promosi yang telah dibuat. Bilangan pelancong yang telah melawat Pulau Pinang bagi tahun 2008 adalah seramai 576,151 yang terdiri daripada dalam dan luar negara.
Kembali