Jawapan
24. Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaiktarafkan PSDC kepada sebuah universiti. PSDC beroperasi berdasarkan model kerjasama dengan syarikat-syarikat Multinasional dan syarikat tempatan dalam menyediakan latihan-latihan dan kursus-kursus yang berkenaan. Sejak penubuhannya pada tahun 1989, PSDC telah berjaya menyediakan pelbagai kursus dan latihan yang relevan dengan industri. Justeru itu, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk membuat sebarang perubahan dalam masa terdekat dan akan mengekalkan model operasi yang sedia ada.