MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Setakat ini sudahkah permohonan oleh RapidPenang untuk mewujudkan depoh baru di Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal diluluskan oleh kerajaan negeri? Apakah syarat yang dikenakan terhadap RapidPenang bagi mewujudkan depoh tersebut. Di samping itu, sudahkah RapidPenang menyelesaikan bayaran sewa tapak bagi depoh yang sedia ada kepada kerajaan negeri yang tidak dijelaskan lagi oleh pihak mereka?
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara ADUN

Jawapan
1. Sehingga kini Kerajaan Negeri masih belum menerima apa-apa permohonan daripada Rapid Penang bagi tujuan pembinaan depoh baru di kawasan Seberang Perai iaitu di Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal. Bagaimanapun pihak Rapid Penang telah mengenal pasti satu tapak di kawasan Perindustrian Nibong Tebal untuk dijadikan sebagai tapak Depoh Bas Sementara. Syarat yang dikenakan ialah Rapid Penang perlu mengemukakan Permohonan Kebenaran Merancang bagi cadangan depoh tersebut. Sehingga kini, masih belum dikemukakan kepada MPSP.

2. Bayaran sewa tapak depoh MPPP di Lorong Kulit, Pulau Pinang belum diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan. Dengan itu, bayaran sewa belum diselesaikan oleh pihak Rapid Penang Sdn. Bhd.

Kembali