Jawapan
Kerajaan Negeri telah menyertai MATTA Fair yang diadakan pada 13 hingga 15 Mac 2009 di Kuala Lumpur dengan mengambil dua (2) buah booth yang dikongsi bersama-sama dengan pihak hotel dan agensi pelancongan.
Walaupun terdapat andaian menyatakan dekorasi mengenai pameran booth Negeri Pulau Pinang tidak memuaskan, namun dari maklum balas pengunjung, penyertaan Pulau Pinang menghasilkan impak kepada pengunjung. Di antara maklum balas yang diterima adalah:-
i) memberi pendedahan/maklumat terkini kepada pelancong luar negara dan tempatan mengenai produk pelancongan seni dan budaya yang ada di Negeri Pulau Pinang;
ii) telah dapat menonjol aktiviti merakyatkan melalui program kesenian dan kebudayaan;
iii) telah dapat memaklumkan penciptaan koleksi barangan melalui pameran tersebut;
iv) telah mendapat pendapat, pandangan serta komen umum yang memberi kebaikan kepada pameran tersebut;
v) telah dapat menarik orang ramai untuk melihat pameran yang dianjurkan;
vi) koleksi perkahwinan tiga kaum utama yang terdapat di Pulau Pinang menarik minat para pengunjung; dan
vii) telah berjaya mengedarkan risalah dan kalendar aktiviti yang terdapat di Pulau Pinang iaitu Muzium & Balai Seni Lukis untuk dikunjungi yang mempamerkan aktiviti seni lukis dan kesenian untuk tujuan mempromosikan.