MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Adakah benar bahawa pengambilan pekerja baru telah dibekukan di Pihak Berkuasa Tempatan sejak satu (1) tahun ini?
Dun -
Exco KM
Perkara ADUN

Jawapan
Pengambilan pekerja baru bagi memasuki Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri telah dibuat secara berhemah dalam tempoh setahun ini. Jabatan-jabatan lebih berhati-hati dalam membuat pengisian memandangkan keperluan melaksanakan langkah-langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan Kerajaan Negeri. Justeru, pengisian hanya dibuat berdasarkan keperluan semasa bagi jawatan-jawatan yang kritikal dengan mengambilkira kekangan kewangan Jabatan berkenaan dan bukannya berpandukan jumlah keseluruhan kekosongan yang ada.












Kembali