MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Bolehkah kerajaan negeri mendirikan klinik desa di kawasan Taman Tun Sardon dan Sungai Gelugor supaya kemudahan-kemudahan kesihatan dapat di kecapi penduduk-penduduk di kawasan tersebut terutamanya warga emas?
Dun -
Exco PBP
Perkara ADUN

Jawapan
Isu-isu berkaitan kesihatan terutamanya projek/pembangunan adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memastikan kesihatan rakyat berada di tahap yang terbaik. Jabatan Kesihatan Negeri pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan Klinik Desa di kawasan Taman Tun Sardon dan Sungai Gelugor memandangkan kawasan ini telah pun mempunyai Klinik Ibu dan Anak Taman Tun Sardon dan Klinik Desa Sungai Gelugor serta Klinik Kesihatan Sungai Dua yang terletak 4 kilometer dari Taman Tun Sardon. Dengan perkhidmatan Kesihatan Keluarga yang diberikan melalui ketiga-tiga kemudahan ini termasuk Klinik Kesihatan Sungai Dua, ia dapat memberikan perkhidmatan yang komprehensif untuk semua golongan umur termasuk kepada warga emas di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang tetap mempunyai perancangan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Taman Tun Sardon kepada Klinik Kesihatan Taman Tun Sardon di masa hadapan.
Kembali