MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Berapakah kadar pengangguran di Negeri Pulau Pinang sejak krisis ekonomi kewangan sedunia melanda? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menambahkan peluang pekerjaan di Pulau Pinang dan nyatakan dalam bentuk statistik mengenai jumlah pekerjaan yang telah hilang dan pekerjaan baru yang diwujudkan dalam tempoh satu tahun fiscal yang lepas?
Dun -
Exco TKM II
Perkara ADUN

Jawapan
30. Kadar pengangguran di Negeri Pulau Pinang ialah 1.6% bagi tempoh suku tahun ketiga 2008. Rekod terkini bagi tahun 2009 masih belum dikeluarkan oleh Jabatan berkaitan.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menambahkan peluang pekerjaan di Pulau Pinang ialah dengan penubuhan Career Assistance & Training (CAT) Centre. Pihak PDC bekerjasama dengan investPenang dalam mengendalikan CAT Centre ini bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan latihan kepada mereka yang hilang pekerjaan.

Kesan kemerosotan ekonomi global ke atas ekonomi Pulau Pinang adalah sukar untuk dihalang terutamanya apabila sektor pembuatan yang merupakan penggerak utama ekonomi Pulau Pinang turut terjejas. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk menarik pelaburan asing melabur ke Pulau Pinang kerana terdapat juga syarikat-syarikat luar Negara yang mencari lokasi yang strategik untuk menempatkan operasi mereka di sini. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah mengenal pasti Industri Halal sebagai salah satu sektor berpotensi untuk digalakkan kerana pasarannya yang luas dan sektor ini dilihat sebagai lebih kalis terhadap kegawatan ekonomi.

Berikut adalah statistik yang diberikan oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pulau Pinang berhubung jumlah pekerjaan yang hilang bagi tempoh satu tahun yang lepas:-
JANUARI – DISEMBER 2008

SEKTOR
BIL.
MAJIKAN TEMPATAN ASING JUMLAH
L P L P TEMPATAN ASING
PEMBUATAN
PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN
PEMBINAAN
PENGANGKUTAN 64
31
30
5
2 1363
239
268
27
7 1774
193
108
2
0 109
31
0
5
0 24
0
3
0
0 3137
432
376
29
7 133
31
3
5
0
JUMLAH 132 1904 2077 145 27 3981 172

Jumlah keseluruhan pekerja yang diberhentikan bagi tahun 2008 adalah seramai 4,153 orang.

Jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan pada tahun lalu mengikut data yang diperolehi daripada pihak MIDA adalah sebanyak 22,215 orang.


Kembali