Jawapan
Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas telah dijalankan di 25 buah klinik kesihatan di Negeri Pulau Pinang. Objektif perkhidmatan ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada semua warga emas yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan rohani untuk mengurangkan ketidakupayaan dan meningkatkan tahap berdikari mereka. Skop Perkhidmatan Warga emas di klinik-klinik kesihatan merangkumi 4 komponen iaitu:
1. Promosi kesihatan
Mengadakan ceramah/seminar kepada warga emas dan penjaga, mengedarkan risalah, poster di klinik dan di dalam komuniti.
2. Pencegahan – aktiviti saringan seperti:
a. Saringan diabetes – Blood sugar level
b. Saringan hypertensi – pemeriksaan tekanan darah
c. Saringan penyakit jantung koronari – ECG (Electrocardiogram)
d. Saringan Dementia (nyanyuk) – menggunakan Mini Mental State Examination (MMSE) dan Elderly Cognitive assessment questionnaire (ECAQ)
e. Saringan aktiviti kehidupan harian (Activity of daily Living) – menggunakan Modified Bartel Index.
f. Ujian darah – profil lipid, liver function test, renal function test.
3. Rawatan dan rujukan
Rawatan akan diberikan mengikut masalah kesihatan warga emas dan akan dirujuk kepada Pakar sekiranya perlu.
4. Rehabilitasi
Perkhidmatan ini disediakan di 4 buah hospital dan 4 buah klinik kesihatan di Negeri Pulau Pinang. Program perkhidmatan kesihatan warga emas yang dijalankan di klinik-klinik kesihatan di Pulau Pinang dapat membantu warga emas untuk menikmati kehidupan yang sejahtera dan berkualiti. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di mana perkhidmatan ini diberikan secara percuma (sekiranya ada surat jaminan) atau dengan kadar bayaran RM 1.00 (mengikut Perintah Fee (Perubatan) 1992). Buat sementara ini,tidak ada health care financing scheme seperti Program of All-Inclusive Care for the Elderly (PACE) atau seumpamanya bagi penyampaian perkhidmatan ini di klinik-klinik kesihatan kerajaan.