MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Berapakah gaji dan elaun yang diterima oleh YAB Ketua Menteri, YB Timbalan Ketua Menteri I dan YB Timbalan Ketua Menteri II bagi setiap bulan termasuk elaun-elaun yang diterima sebagai menganggotai mana-mana Lembaga Pengarah?
Dun -
Exco KM
Perkara ADUN

Jawapan
14. Gaji dan elaun yang diterima oleh Y.A.B. Ketua Menteri adalah seperti berikut :

JUMLAH (RM) (SEBULAN)
(i) Gaji 14,175.15
(ii) Elaun Khas Anggota Pentadbiran 4,000.00
(iii) Elaun Rumah Anggota Pentadbiran 4,000.00
(iv) Elaun Keraian 5,500.00
(v) Elaun Kakitangan Isi Rumah 3,000.00
(vi) Elaun ADUN 4,112.79
Jumlah 34,787.94





Gaji dan elaun yang diterima oleh Y.B. Timbalan Ketua Menteri 1 dan 2 adalah seperti berikut :

JUMLAH (RM)
(i) Gaji Ahli MMK 3,993.00
(ii) Elaun Khas Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1,331.00
(iii) Elaun Khas Anggota Pentadbiran 1,500.00
(iv) Elaun Rumah Anggota Pentadbiran 2,000.00
(v) Elaun Keraian 2,000.00
(vi) Elaun Kakitangan Isi Rumah 500.00
(vii) Elaun ADUN 4,112.79
Jumlah 15,436.79

Elaun yang diterima oleh Y.A.B. Ketua Menteri, Y.B. Timbalan Ketua Menteri 1 dan Y.B. Timbalan Ketua Menteri 2 sebagai Ahli Lembaga Pengarah Penang Development Corporation (PDC) adalah seperti berikut :

(a) Y.A.B. Ketua Menteri (Pengerusi PDC) :

• Elaun Tetap Tahunan - (RM10,000/setahun)
• Elaun Mesyuarat Lembaga - (RM500/setiap mesyuarat)
• Elaun Mesyuarat Jawatankuasa - (RM300/setiap mesyuarat)
• Elaun Pakaian - (RM500/setahun)



(b) Y.B. Timbalan Ketua Menteri 1 dan Y.B. Timbalan Ketua Menteri 2 :

• Elaun Tetap Tahunan - (RM8,000/setahun)
• Elaun Mesyuarat Lembaga - (RM500/setiap mesyuarat)
• Elaun Mesyuarat Jawatankuasa - (RM300/setiap mesyuarat)
• Elaun Pakaian - (RM500/setahun)

Elaun yang diterima oleh Y.A.B. Ketua Menteri, Y.B. Timbalan Ketua Menteri 1 dan Y.B. Timbalan Ketua Menteri 2 sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air (PBA) adalah seperti berikut :

Jawatan Elaun Mesyuarat Elaun Tetap Bulanan
Pengerusi RM300.00 RM3,000.00
Timbalan Pengerusi RM300.00 RM1,500.00
Pengarah RM300.00 RM1,000.00
Kembali