Jawapan
1. Sehingga kini, terdapat 6 skim Projek Perumahan Rakyat (PPR)
di Negeri Pulau Pinang iaitu:
(i) PPR Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, Daerah Timur Laut;
(ii) PPR Jalan Sungai (MPPP), Daerah Timur Laut;
(iii) PPR Taman Bagan Jaya, Jalan Thamby Kecil, Seberang Perai Utara;
(iv) PPR Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, Seberang Perai Utara;
(v) PPR Taman Ampangan (MPSP), Seberang Perai Utara; dan
(vi) PPR Desa Wawasan, Jalan Sungai Rambai, Seberang Perai Tengah.
a) Bagi PPR, pemohon yang layak dipertimbangkan menduduki mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri / suami);
(ii) Bermastautin di Negeri Pulau Pinang;
(iii) Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan;
(iv) Pendapatan suami / isteri tidak melebihi RM 750.00 atau pendapatan sekeluarga kurang daripada RM 1,500.00;
(v) Tidak pernah memiliki rumah (walaupun telah dijual, Pemohon Suami / Isteri adalah tidak layak memohon);
(vi) Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang; dan
(vii) Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan
Tempoh penyewaan yang dibenarkan adalah selama dua (2) tahun. Penyewa boleh memohon rayuan untuk menyambung atau memperbaharui Perjanjian Penyewaan apabila ianya akan tamat tempoh dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh. Namun keputusan untuk mempertimbangkan sama ada untuk memperbaharui Perjanjian Penyewaan atau menamatkan tempoh penyewaan adalah tertakluk kepada kelayakan pemohon pada masa tersebut. Tempoh penyewaan maksimum untuk PPR adalah 5 tahun sahaja.
b) i) Syarat-syarat untuk mendudukinya adalah seperti di
Lampiran A.
ii) Bilangan unit dan lokasi adalah seperti berikut:
- PPR Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, Daerah Timur Laut (320 unit);
- PPR Jalan Sungai (MPPP), Daerah Timur Laut (503
unit);
- PPR Taman Bagan Jaya, Jalan Thamby Kecil, Seberang Perai Utara (380 unit);
- PPR Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, Seberang Perai Utara (760 unit);
- PPR Taman Ampangan (MPSP), Seberang Perai Utara (250 unit); dan
- PPR Desa Wawasan, Jalan Sungai Rambai, Seberang Perai Tengah (912 unit).
iii) Ada, penyewa yang melanggar syarat. Di antara
pelanggaran syarat yang berlaku adalah seperti berikut:
- Tunggakan Bayaran sewa;
- Pemasangan astro dan penghawa dingin tanpa
kebenaran;
- Tidak menjaga kebersihan dengan membuang
sampah di merata-rata tempat;
- Mengganggu ketenteraman penghuni/penyewa yang lain;
- Pengubahsuaian;dan
- Menyewakan unit tersebut kepada penyewa
yang lain.
c) Pecahan penyewa mengikut kaum dan bilangan yang masih
kosong adalah seperti di Lampiran B.