Jawapan
1) Bagi industri pertanian, fokus R&D adalah kepada peningkatan hasil tanaman padi. Selain daripada itu R&D juga dibuat untuk tanaman-tanaman lain. Agensi lain yang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri ialah Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI).
2) Bagi industri akuakultur pula, agensi-agensi lain yang terlibat adalah Institut Penyelidikan Perikanan (IPP), di Batu Maung, Pulau Pinang yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dalam semua aspek perikanan termasuk bidang akuakultur. IPP mempunyai 4 cawangan dan 1 pusat di Pulau Pinang dan 6 pusat di luar Pulau Pinang yang menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang khusus perikanan. R&D dalam bidang akuakultur (airtawar dan marin) tertumpu kepada pembangunan teknologi yang boleh membaiki penghasilan dan dayasaing; pembangunan benih terutamanya bagi meningkatkan kadar pertumbuhan dan ketahanan terhadap penyakit, spesis baru untuk dikomersilkan, meningkatkan teknik pembiakan untuk mengujudkan operasi pembiakan/ asuhan yang berdayasaing, membangunkan rumusan makanan ikan, makanan hidup, penyakit dan pathogen, pembangunan vaksin, dsb.
3. Di samping itu, Institut Penyelidikan Perikanan juga banyak menjalankan kajian dan penyelidikan R&D secara bekerjasama dengan agensi-agensi penyelidikan tempatan dan juga antarabangsa seperti Universiti Sains Malaysia dan The World Fish Center yang bertempat di Batu Maung, Pulau Pinang. Antara kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan bersama World Fish Center adalah kajian “Sustainable Management of Coastal Fish Stock in Asia†dalam tahun 1988 hingga 2001; “Development of Databases†(2003-2004); dan juga “Genetic Enhancement of Nile Tilapia and the Utilisation of F1 Clone†dalam tahun 2001 - 2005. Pihak Institut Penyelidikan Perikanan akan meneruskan R&D bersama agensi-agensi penyelidikan terutama dari World Fish Center yang mempunyai kepakaran tertentu yang wajar di terokai.