Jawapan
Projek pembinaan Kampus dan Kompleks Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah diletakkan sebagai projek keutamaan USM dalam Rancangan Malaysia Ke 9. Projek ini dijangkakan akan siap seawalnya pada akhir 2007 dan tidak melebihi akhir tahun 2009.
a) Cadangan pihak USM yang terkini adalah sebidang tanah seluas 112 ekar yang ditawarkan oleh Bertam Properties Sdn Bhd bersebelahan dengan Institut Latihan Perindustrian dan Maktab Rendah Sains Mara di Bertam.
b) Kemudahan yang akan disediakan di Insitut ini meliputi infrastruktur seperti berikut:
1) Sebuah Hospital yang mengandungi 500 katil yang memberikan perkhidmatan berteknologi tinggi dalam bidang-bidang pengkhususan tertentu. Ianya juga adalah sebuah hospital rujukan, pengajar dan penyelidikan,
2) Pusat Penyelidikan Termaju yang menjalankan penyelidikan-penyelidikan dalam bidang-bidang perkhidmatan perubatan dan pergigian yang ditawarkan oleh hospital,
3) Pusat Sains Perubatan yang menjalankan program akademik pasca siswazah dalam bidang-bidang perubatan,
4) Pusat Sains Pergigian dan Pembedahan yang menjalankan program akademik pasca siswazah dalam bidang-bidang pergigian dan pembedahan,
5) Rumah Haiwan tercanggih yang menempatkan keperluan penyelidikan klinikal,
6) Blok Penginapan,
7) Kemudahan Rekreasi, Ibadah dan sebagainya.
Kursus-Kursus yang akan diadakan adalah seperti berikut:
1) Master in Medicine (Transfusion Medicine)
2) Master in Medicine (Nuclear Medicine)
3) Master in Medicine (Infectious Disease)
4) Master in Medicine (Clinical Immunology)
5) Master in Medicine (Clinical Pharmacology)
6) Master in Medicine (Clinical Toxicology)
7) Master in Dentistry (Paediatrics)
8) Master in Dentistry (Oral & Maxilofacial)
9) MSc Integrative Medicine
10) MSc Medical Research
11) MSc Surgical Technology
12) MSc Nuclear Medical Science
13) MSc (research mode)
14) PhD (research mode)
c) Adalah dijangkakan apabila ditahap optima, Institut ini akan memiliki sehingga 750 orang pelajar, 150 kakitangan akademik dan 300 kakitangan bukan akademik. Ini tidak termasuk hospital IPPT yang memerlukan sekurang-kurangnya 1,200 kakitangan sokongan klinikal disamping 150 kakitangan professional.
d) Dengan pewujudan Institut ini di Kepala Batas, ianya akan membawa kemajuan ekonomi kepada penduduk persekitaran. Hospital IPPT akan memberikan perkhidmatan perawatan perubatan, kesihatan dan pergigian yang tercanggih dalam bidang-bidang tertentu khususnya kanser, jangkitan kuman dan kaedah perawatan terkini. Insititut ini juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan. Adalah juga diharapkan tertubuhnya Institut ini akan membawa kepada suasana ilmiah dan akademik yang sihat dengan percampuran masyarakat kampus dan tempatan disamping membina paradigma sains dan teknologi dalam pemikiran masyarakat.