Jawapan
Salah satu punca kesesakan lalulintas di Jalan Song Bang Keng dan Jalan Megat Harun adalah disebabkan oleh jambatan sempit yang melintasi landasan keretapi di lokasi tersebut. Pelebaran jambatan ini telah disyaratkan di dalam pelaksanaan Projek Pembinaan Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar.
Walau bagaimanapun, projek Pembinaan Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar telah ditangguhkan. Di samping itu, pengubahsuaian persimpangan Jalan Song Bang Keng dengan Jalan Megat Harun telah dirancangkan dan dijangka akan bermula pada Oktober 2005.