Jawapan
3. Pendekatan secara program yang berterusan dan berjadual bagi kerja pembersihan kawasan dan parit-parit dilaksanakan melalui Ops Sinar dan Ops Combi yang telah diperkenalkan sejak Januari 2004 yang lalu. Ops Sinar adalah pembersihan secara bersepadu melalui “task force†di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti. Ops Combi pula adalah pembersihan parit-parit yang tersumbat akibat daripada masalah sampah-sarap yang tersekat atau masalah lemak tepu yang memerlukan pancutan air yang berkuasa tinggi.
Pembersihan parit di dalam kawasan George Town dan kawasan komersial dilakukan setiap hari, manakala di kawasan perumahan adalah berselang sehari.
Di samping itu, pihak MPPP juga akan mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas orang ramai dan para penjaja yang membuang sampah-sarap di merata-rata tempat awam, termasuk parit dan longkang.