MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Sedarkah sejak Taman Rekreasi Pantai Bersih terhapus oleh pembinaan BORR, Taman Rekreasi Pantai Telok Air Tawar adalah hanya satu tapak rekreasi laut dan telah membawa kesulitan kepada penghuni di Taman Wira dan Taman Telok Molek. Apakah rancangan pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, lumba motosikal, pencemaran alam sekitar seperti bau dan bunyi kenderaan.
Dun -
Exco THN
Perkara ADUN

Jawapan
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengambil tindakan mengawal kesesakan lalu lintas dengan melaksanakan “jalan sehala”, membina bonggol jalan, menyediakan kemudahan tempat letak kereta dan menaiktaraf Tingkat Laksamana untuk dijadikan jalan keluar-masuk yang lengkap dengan kemudahan lampu isyarat.

Tindakan kawalan lalu lintas juga dijalankan oleh anggota trafik polis Jalan Besar Telok Air Tawar simpang ke Taman Wira dan Taman Telok Air Tawar bagi mengelakkan kesesakan semasa kehadiran orang ramai terutamanya di waktu petang. Saman-saman dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan yang didapati tidak mematuhi peraturan lalu lintas.





Operasi bersepadu diadakan oleh PDRM dengan pihak Jabatan Alam Sekitar bagi mengesan kenderaan dan motosikal yang mengeluarkan bunyi bising. Tindakan undang-undang di ambil ke atas pemilik kenderaan terutamanya motosikal yang mengeluarkan bunyi bising di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan juga di bawah Akta Pengangkutan Jalan bagi kesalahan mengubahsuai ekzos.
Kembali