MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Sistem pengangkutan awam di negeri ini masih berada di peringkat cukup tidak memuaskan. Sila huraikan. (a) Mengapakah perkara ini dibiarkan berlanjutan sekian lama. (b) Bilakah rangkaian pengangkutan bas awam yang telah dicadangkan akan dilaksanakan. (c) Bilakah sistem teksi bermeter akan dilaksanakan. Jika telah dilaksanakan, mengapakah masih ada teksi yang tanpa meter. Kenapakah pelaksanaannya memakan masa yang lama. (d) Nyatakan langkah-langkah penguatkuasaan yang telah dijalankan bagi tahun-tahun 2003 dan 2004. (e) Sila berikan jumlah permit bagi teksi, bas mini, bas dan van yang dikeluarkan sehingga tahun 2004.
Dun -
Exco THN
Perkara ADUN

Jawapan
7. (a) Kerajaan Pusat khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang memberi kelulusan berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas awam yang melibatkan pengeluaran permit, penetapan laluan, jadual masa perjalanan dan tambang. Penguatkuasaan adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pengangkutan dan berada di bawah kawalan Jabatan Pengangkutan Jalan. Peranan kerajaan negeri adalah dari segi penyediaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan seperti perhentian, terminal dan sebagainya.

Walaupun demikian, kerajaan negeri telah berusaha untuk mengambil tindakan-tindakan untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam seperti:-

(i) Mewujudkan Sistem Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit) yang telah dirancang sejak tahun 1995. Bilangan pengguna berasaskan kepadatan penduduk yang tidak mencukupi telah menyebabkan sistem tersebut tidak dapat dilaksanakan secara penswastaan sebelum ini. Pada masa sekarang, Sistem Transit Monorel Aliran Ringan telah dikenalpasti untuk dilaksanakan di Pulau Pinang;

(ii) Menambahbaik perkhidmatan bas awam dengan menubuhkan konsortium bas awam di Pulau Pinang pada tahun 1997 dan sekali lagi pada tahun 2003. Usaha ini tidak berjaya kerana syarat-syarat tawaran dan pegangan saham untuk memasuki konsortium tidak dipersetujui oleh pengusaha-pengusaha bas awam. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri berjaya mewujudkan perkhidmatan Bas Shuttle dan Park and Ride untuk kakitangan kerajaan.

ID499/01

PERKARA : 5(B)(XVIII)7


(b) Cadangan kerajaan negeri untuk mewujudkan sistem pakej bagi menambahbaik perkhidmatan bas awam telah mendapat persetujuan awal daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pada masa sekarang, kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan pengusaha-pengusaha bas awam sediada mengenai pengagihan 3 pakej yang telah dikenalpasti untuk kawasan pulau. Kerajaan negeri perlu mengadakan perbincangan lanjut dengan LPKP untuk memuktamadkan cadangan ini sebelum dapat melaksanakannya.

(c) Kerajaan negeri sedang menunggu pengesahan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengenai kadar baru yang telah ditetapkan untuk melaksanakan Sistem Teksi Bermeter di Pulau Pinang. Kerajaan negeri juga sedang berbincang dengan Gabungan Persatuan Pemandu Teksi untuk memastikan bahawa perlaksanaan Sistem Teksi Bermeter di Pulau Pinang dijalankan dengan lancar.

(d) Jenis-jenis kes kesalahan dan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh pihak Polis untuk tahun 2003 dan 2004 adalah diberikan di Jadual 1. Kes-kes penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tempoh antara bulan Jun hingga Disember 2003 adalah diberikan di Jadual 2 dan bagi tahun 2004 di Jadual 3. Bilangan saman yang dikeluarkan oleh JPJ ke atas kenderaan diesel pada tahun 2003 dan 2004 diberikan di Jadual 4.






ID499/01

PERKARA : 5(B)(XVIII)7


Bagi tahun 2003 sebanyak 261 kompaun bagi kesalahan melepaskan asap hitam berlebihan telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Pada tahun 2004 pula sebanyak 522 kompaun telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

(e) Sehingga tahun 2004, 1,034 permit telah dikeluarkan bagi teksi, 110 permit bagi bas mini dan 205 permit bagi bas berhenti-henti.


























ID499/01


LAMPIRAN

Jadual 1: Penguatkuasaan Lalu Lintas oleh Polis bagi Tahun 2003 dan 2004
Jenis kesalahan 2003 2004
Memotong garisan berkembar 1,380 585
Potong Q 2,484 2,719
Lesen memandu 22,125 26,005
Tidak berhenti lampu merah 6,379 7316
Lari laju 125,296 110,219
Cermin gelap 11 18
Muatan lebih 337 512
Tidak pakai tali pinggang keledar 19,823 18,180
Tidak pakai topi /tali topi keledar 2,716 3,485
No pendaftaran 5,796 7,145
Guna tel bimbit masa memandu 5,191 6,568
Mabuk (ketika memandu) 58 76
Melakukan halangan 75,195 74,433
Tanda lalu lintas 3,289 3,260
Mengeluarkan asap berlebihan 850 643
Tidak berhenti di persimpangan 1,040 241
Lumba haram 22 23
Ubah suai 2,564 1,819
Lain-lain 38,550 49,835
Jumlah 313,106 313,082




Kembali