Jawapan
(a) Langkah-langkah dan peraturan sedia ada yang digunakan untuk mengawal gangguan lalu lintas di kawasan perumahan adalah:
(i) Mengambil tindakan saman terhadap kenderaan-kenderaan yang diletakkan di tepi-tepi jalan yang menghalang atau mengganggu aliran lalu lintas;
(ii) Menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi dalam kawasan pembangunan berdasarkan kepada keluasan dan jenis pembangunan yang dilaksanakan;
(iii) Melebarkan bahu jalan untuk memberi ruang kepada para pengguna jalanraya meletak kenderaan tanpa menghalang lalu lintas;
(iv) Melaksanakan sistem jalan sehala;
(v) Mengenakan larangan meletak kenderaan di kawasan-kawasan perumahan; dan
(vi) Tidak membenarkan kenderaan berat terutama lori-lori besar diletakkan di jalan-jalan dalam taman perumahan terutama pada waktu malam.
(b) Pihak Polis telah mengeluarkan 18,000 saman pada tahun 2004 ke atas kenderaan-kenderaan yang menghalang atau mengganggu aliran lalu lintas.
(c) Rancangan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini dalam jangkamasa pendek dan panjang adalah:-
(i) Meneruskan dengan tindakan penguatkuasaan;
(ii) Mengenakan syarat penyediaan tempat letak kenderaan fizikal yang mencukupi bagi setiap pembangunan;
(iii) Melebarkan jalan;
(iv) Meningkatkan pengurusan lalu lintas dengan mengenakan larangan meletak kenderaan dan juga menukar aliran lalu lintas dua hala kepada sehala;
(v) Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan menambahbaik sistem pengangkutan awam sedia ada, menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang mencukupi serta mewujudkan sistem pengangkutan bersepadu dengan melaksanakan projek-projek sistem transit berkapasiti tinggi, selesa mudah diperolehi dan efisien; dan
(vi) Mengawal penggunaan kenderaan persendirian dengan mengadakan sekatan dan larangan dalam jangkamasa panjang.