Jawapan
1. Kerajaan negeri melalui Majlis Pembangunan Sumber Manusia telah bekerjasama dengan Pusat Giat Mara untuk melatih lebih ramai belia dalam berbagai-bagai kemahiran industri automatif seperti kemahiran membaikpulih injin, mengecat, mengetuk dan menyeimbangkan roda.
Sebagai menunjukkan kesungguhan, pada tahun 2005, kerajaan negeri melalui Majlis Pembangunan Sumber Manusia telah memperuntukkan sejumlah RM50,000.00 sebagai bantuan latihan pra-pekerjaan bagi membiayai pelajar untuk mengikuti kursus latihan di Pusat Giat Mara.
Selain dari itu Pusat Peningkatan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) juga ada menawarkan program-program yang dapat meningkatkan Pembangunan Sumber Tenaga dalam bidang teknologi tinggi dan teknologi maklumat. Program-program adalah seperti berikut:-
ID374/01
PERKARA : 5(B)(XX)1
i. Diploma in Information Technology – Kerjasama bersama MMU
ii. Cisco Networking Academy Program – Tumpuan kepada kanak-kanak sekolah (Form 3 sehingga 6) dan juga mana-mana pihak yang berminat yang tiada pengetahuan ICT
iii. INSEP (Industrial Skills Enhancement Program) in ICT for SMEs dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan (6 bulan latihan + 6 bulan attachment)
iv. INSEP D&D (Design and Development) – dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan (6 bulan latihan + 6 bulan attachment)
v. INSEP in Radio Frequency – Dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan (3 bulan latihan + 3 bulan attachment) melalui kerjasama bersama Motorola
vi. INSEP in Mechanical Design - Dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan 3 bulan latihan + 3 bulan attachment) melalui kerjasama bersama Motorola
vii. INSEP in VLSI Design - Dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan (3 bulan latihan + 3 bulan attachment) melalui kerjasama bersama Motorola
viii. WTTP (Workforce Technical Transformation Program) in Machining – Dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan (8 bulan latihan + 16 bulan attachment)
ID374/01
PERKARA : 5(B)(XX)1
ix. Design and Development short courses – Kerjasama bersama Emerald System and Motorola
x. Master of Engineering in Microelectronics – Kerjasama dengan MMU
xi. Higher National Diploma in Engineering (Electronics/ Electrical, Mechatronics, Telecommunication)
xii. ICT short courses (CAD/CAM, AutoCAD, Microsoft applications etc)
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia di dalam Program Pembangunan Sumber Tenaga Manusia telah menubuhkan 3 institusi di Pulau Pinang yang menawarkan latihan kemahiran dan teknologi tinggi. Institut-institut tersebut adalah:-
a. Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah yang menawarkan 4 bidang utama meliputi Teknologi Kejuruteraan Elektronik, Mekatronik, Pembuatan dan Komputer.
b. Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Seberang Perai Utara yang menawarkan 6 bidang utama iaitu Teknologi Elektronik, Instrumen Perindustrian, Telekomunikasi, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Juruelektrik dan Sistem Komputer.
c. Institut Latihan Perindustrian Datuk N.T.S. Arumugam Pillai, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan yang menawarkan 3 bidang utama iaitu Teknologi Maklumat, Juruelektrik dan Teknologi Percetakan.
ID374/01
PERKARA : 5(B)(XX)1
Sebagai tambahan, institut-institut ini juga membuka peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi tinggi dan teknologi maklumat kepada pihak industri, badan-badan kerajaan, swasta, NGO dan orang perseorangan dengan mengadakan kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang secara customise dengan tujuan mengimbangi sumber manusia berkemahiran tinggi.