Jawapan
Ya, tawaran dibuat melalui tender terbuka dan prosidur telah dipatuhi. Butir-butir adalah seperti berikut:
Iklan : Utusan Malaysia pada 1 Ogos 2001.
Tarikh tutup tender : 22 Ogos 2001 jam 12.00 tengah hari
Tarikh tender dibuka : 22 Ogos 2001. Enam (6) syarikat yang mengemukakan tender adalah seperti berikut:
1/6 – Rahim & Co. Chartered Surveyors (Penang) Sdn. Bhd.
2/6 - Jurunilai Bersekutu
3/6 – Irhamy & Co. Chartered Surveyors
4/6 – Intra Harta Consultants Sdn. Bhd.
5/6 – Ismail & Co. Valuers (M) Sdn. Bhd.
6/6 – Abu Hassan & Co. (Property Consultant & Valuation Surveyor).
Lembaga Tawaran bermesyuarat pada 12 Oktober 2001 dan bersetuju meluluskan pentender keempat terendah bil. 3/6 – Irhamy & Co. Chartered Surveyors dengan harga sebanyak RM4,399,950. Kadar kos sebanyak RM26.54 seunit harta bagi penilaian semula adalah mengikut skala fi Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah dan syarikat berpengalaman di dalam bidang berkaitan.
Lain-lain ulasan Lembaga adalah seperti berikut:
1. Tidak menerima pentender terendah bil. 2/6 Jurunilai Bersekutu dan kedua terendah bil. 1/6 - Rahim & Co. kerana tidak mengikut skala fi Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.
2. Tidak menerima pentender ketiga terendah bil. 5/6 – Ismail & Co. kerana kadar kos seunit harta dan kos komputerisasi tidak berpatutan berdasarkan kepada kerja komputerisasi yang perlu.