Jawapan
Jawapan
investPenang ditubuhkan dengan tujuan untuk untuk memberikan perkhidmatan sebagai ¡¥Total Investment Solution Provider¡¦ kepada para pelabur dengan tujuan untuk meningkatkan pelaburan asing dan tempatan serta meningkatkan daya saing syarikat-syarikat yang bermastautin di Negeri Pulau Pinang. Antara objektif investPenang ialah
„X Memberi penekanan kepada persaingan yang lebih hebat kepada IKS tempatan untuk bersaing dan bekerjasama dengan syarikat ¡V syarikat luar melalui ¡§business matching¡¨ yang diadakan
„X Membantu penyertaan Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam setiap industri
„X Memberi sokongan kepada syarikat yang sedia ada dalam memastikan perkembangan perniagaan syarikat tersebut
Pencapaian Bumiputra dalam industri perkilangan telah meningkat dari segi peluang pekerjaan dan pemegangan ekuiti. Bagaimanapun, kerajaan senantiasa berusaha untuk memperbaiki lagi pencapaian Bumiputra dalam sector perkilangan. Langkah-langkah yang diambil untuk meningkat pencapaian untuk industri perkilangan ialah seperti berikut:
„X Menolong mendapatkan pinjaman kewangan khas dan incentive untuk usahawan Bumiputra yang berminat memulakan perniagaan dan yang sedia ada terutamanya dalam sector perkilangan. Sebagai contoh , Unit Pembangunan Usahawan menolong Bumiputra dengan mendapatkan pinjaman dengan faedah rendah dari bank-bank.
„X Memberi bimbingan khas seperti sesi kaunseling untuk Bumiputra yang berminat dalam menceburi diri dalam bidang perkilangan oleh SMIDEC, MIDA, MATRADE dan FMM.
„X Memberi latihan seperti kursus serta seminar-seminar yang berkaitan dengan bidang perniagaan agar mereka mendapat pendedahan dalam bidang tersebut. Seminar di kendalikan oleh PERDA, PDC, MARA, DPMMPP (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang), PSDC untuk menggalakkan lebih ramai usahawan Bumiputra dalam bidang perniagaan.
„X Mempertingkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputra, PERDA menyediakan premis untuk memulakan perniagaan.
Salah satu daripada skop kerja investPenang ialah untuk menyokong pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan, terutamanya Komuniti Perniagaan dan Perindustrian Bumiputera (Bumiputera Commercial & Industrial Community) serta perkembangan syarikat-syarikat ini dari segi rantaian nilai (value chain).
investPenang dengan kerjasama dan sokongan PDC, MARA, dan SMIDEC, akan berusaha membantu penyertaan Bumiputra dalam industri-industri yang telah dikenalpasti secara:
„X Mengenalpasti, menentukan dan menggalakkan produk dan teknologi baru serta perkhidmatan oleh syarikat tempatan yang berkaitan dengan industri yang telah dikenalpasti;
„X Menggalakkan dan membangun syarikat-syarikat pembekal Bumiputera yang berdaya saing;
„X Membantu IKS Bumiputera untuk meningkatkan daya saing mereka supaya mereka dapat memperkembangkan operasi mereka di tempatan mahupun di luar negeri; dan
„X Selain itu investPenang juga akan bekerjasama dengan organisai-organisasi yang sedia ada seperti SMIDEC, MATRADE dan lain-lain dalam membantu lebih banyak penyertaan Bumiputera dalam setip industri.