MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Bilakah sistem Monorel Aliran Ringan (Light Monorail Transit) akan dilaksanakan di Pulau Pinang dan nyatakan laluan monorel tersebut. Berapakah kos pembinaan projek tersebut.
Dun -
Exco YABKM
Perkara ADUN

Jawapan
Pada bulan Oktober 2003, pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah bersetuju untuk menimbang cadangan pembinaan Sistem Transit Monorel Aliran Ringan (Light Monorail System) atau LMT di Pulau Pinang yang dikemukakan oleh syarikat MMC-Metrail Sdn Bhd secara penswastaan. Pihak pemaju telah diminta menjalankan kajian jajaran untuk dimasukkan dalam deraf Perjanjian Konsesi.

Pihak pemaju telah menjalankan kajian jajaran sistem monorel di Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan ianya telah hampir dimuktamadkan kini.

Jajaran keseluruhan LMT ini ialah 37 km dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 daripada Feri ke Paya Terubong sepanjang 12km (East-West Line). Fasa 2 ialah dari Tanjong Tokong ke Lapangan Terbang Bayan Lepas sepanjang 25km (North-South Line). Menurut cadangan kewangan pemaju, kos pembinaan bagi Fasa 1 dan 2 projek monorel ini ialah RM1.1 billion.


Pada masa yang sama, pihak pemaju masih berunding dengan pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan mengenai model kewangan bagi projek ini.

Dalam beberapa perbincangan denngan pihak EPU, Kerajaan Negeri telah memaklumkan bahawa projek monorel ini sangat penting kepada rakyat negeri Pulau Pinang khususnya di bahagian Pulau bagi mengurangkan masalah kesesakan jalan raya. Disamping itu, projek ini merupakan satu komponen penting dalam Sistem Pengangkutan Bersepadu yang dirancang oleh Kerajaan Negeri. Oleh itu, Kerajaan Negeri sangat berharap Kerajaan Persekutuan dapat menimbang kelulusan perlaksanaan projek ini secepat mungkin di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.








Kembali