MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan (a) Sila nyatakan jumlah menara telekominukasi yang didirikan di atas bumbong dan atas tanah mengikut pecahan majlis perbandaran. (b) Daripada jumlah tersebut berapakah jumlah menara telekomunikasi yang telah mendapat kelulusan daripada pihak-pihak majlis dan menara telekomunikasi yang didirikan tanpa mendapat kebenaran majlis. (c) Sila jelaskan, kawasan macamanakah menara telekomunikasi tidak dibenar didirikan.
Dun -
Exco KKH
Perkara ADUN

Jawapan
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat banyak menara/struktur dan alat-alat telekomunikasi telah didirikan di Pulau Pinang di mana sebahagiannya telah diluluskan, sebahagian lagi telah diroboh atau dibawa ke mahkamah manakala terdapat sebahagiannya sedang diproses permohonan-permohonan yang telah dikemukakan.

a) Terdapat sejumlah tujuh belas(17) menara dan seratus tujuh puluh lapan (178) alat pemancar / struktur telekomunikasi di kawasan pentadbiran MPPP. Manakala di kawasan MPSP sebanyak sembilan puluh satu (91) buah menara dan seratus dua puluh enam (126) buah alat pemancar /struktur telekomunikasi.


b) Pecahan menara dan alat pemancar/ struktur telekomunikasi atas bangunan yang mendapatkan kelulusan atau sebaliknya dari pihak berkuasa tempatan adalah seperti di berikut:-


JENIS MPPP MPSP
Lulus Tak Lulus Lulus Tak Lulus
Menara 1 7 7 47

Pemancar/
Struktur
Atas Bumbung 26 61 26 28



Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah meroboh sebuah menara dan sepuluh (10) buah alat pemancar telekomunikasi. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah meroboh sebuah menara dan tiga puluh enam (36) alat telekomunikasi setakat ini. Struktur-struktur diroboh kerana ianya didirikan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan tidak dapat mematuhi syarat di dalam garis panduan telekomunikasi yang diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Manakala untuk pembinaan tanpa kebenaran sebelum tahun 2002, kedua-dua pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia sedang dalam proses pemutihan untuk memberi kelulusan atau sebaliknya kepada syarikat telekomunikasi berkenaan. Pihak syarikat telah diarah untuk mematuhi syarat kelulusan dan jika gagal untuk penunaian syarat maka menara/alat pemancar/struktur telekomunikasi tersebut akan diruntuh atau dipindahkan ke tempat lain di mana pematuhan syarat dapat ditunaikan. Untuk makluman Yang Berhormat sebanyak 109 permohonan di MPSP dan 100 permohonan di MPPP masih sedang diproses.



c) Untuk makluman Yang Berhormat pembinaan telekomunikasi adalah terikat kepada pematuhan Garispanduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2002, Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974.

Mengikut Garispanduan Pembinaan Menara dan Struktur Sistem Pemancar Telekomunikasi di kawasan pihak berkuasa tempatan, kawasan yang selain daripada senarai dibawah tidak boleh didirikan menara /struktur telekomunikasi.







Kembali