MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Sila nyatakan usaha-usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak polis supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan kes-kes jenayah yang sering berlaku khususnya kes pecah rumah, samun, curi motosikal, ragut, rogol dan dadah bagi kawasan Bukit Tengah dan kawasan persekitarannya.
Dun -
Exco YABKM
Perkara ADUN

Jawapan
Mengikut maklumbalas polis, usaha dan langkah-langkah akan diteruskan untuk mengurangkan bahkan menghapuskan jenayah pecah rumah, ragut, samun, curi motosikal dan kegiatan dadah di Kawasan Bukit Tengah seperti berikut:

1. Mempertingkatkan lagi rondaan pencegahan jenayah supaya menjadi lebih berkesan.

2. Memberi kesedaran kepada masyarakat dalam kempen pencegahan jenayah yang lebih meluas dengan hasrat masyarakat bersama PDRM dalam membanteras jenayah (seperti projek Rakan COP).

3. Membuat lebih banyak tangkapan dalam ops-ops yang yang dilancarkan khususnya di kalangan penagih.

4. Mempertingkatkan lagi Kempen Mesra Rakyat dengan tujuan mengajak masyarakat agar lebih prihatin dalam membantu pihak polis mencegah jenayah.

5. Mewujudkan Task Force dengan tujuan pengkhususan dalam membanteras jenayah-jenayah tertentu yang dikenal pasti sebagai penyumbang utama jenayah

6. Mempertanggungjawabkan anggota-anggota yang menjalankan rondaan khususnya di balai berkenaan dalam membantu masyarakat setempat khususnya dalam usaha mendampingi orang awam bagi mendapatkan maklumat dan maklumbalas berkaitan jenayah di kawasan tersebut.

Kembali