Jawapan
Pada tahun 2005 sehingga 27 Mac 2005, 71 kes telah dilaporkan (24 positif). Tiada kawasan wabak dilaporkan dari daerah ini. Langkah-langkah kawalan di daerah SPT adalah seperti di daerah lain dan untuk negeri keseluruhannya seperti berikut:
A. Aktiviti-aktiviti kawalan
i. Membuka bilik gerakan di Pejabat Vektor
ii. Meningkatkan aktiviti cari dan musnah
iii. Meningkatkan kuantiti dan kualiti pemeriksaan ke atas premis dengan memberi penekanan kepada premis yang mempunyai Aedes Index yang tinggi iaitu tapak pembinaan, tanah lapang dan rumah/kedai.
iv. Mesyuarat mengenai penyakit denggi dijalankan seminggu sekali yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan.
v. Memastikan aktiviti semburan kabus dijalankan dalam masa 24 jam selepas kes dilaporkan.
B. Penguatkuasaan
i. Notis-notis telah dikeluarkan kepada premis yang mempunyai potensi pembiakan nyamuk aedes.
ii. Memastikan kompaun dikeluarkan kepada premis yang didapati positif dan tindakan mahkamah diambil sekiranya tuan punya premis enggan membayar denda.
C. Pendidikan kesihatan
i. Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya demam denggi dan menekan langkah-langkah kawalan.
ii. Membuat hebahan di radio dan di tempat-tempat tumpuan ramai seperti di pasar malam.
iii. Menggunakan slot Doktor Anda dalam program radio RTM untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya demam denggi dan langkah-langkah kawalan.
D. Kerjasama antara agensi
Mendapat kerjasama yang baik dengan agensi yang terlibat iaitu :
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Bomba
Jabatan Pendidikan
Yang Berhormat ADUN
E. Membentang keadaan semasa demam denggi di dalam Majlis Mesyuarat Kesihatan Negeri yang dipengerusikan oleh Exco Kesihatan. Yang Berhormat ADUN juga dilibatkan dalam program.
Pecahan kes-kes mengikut kawasan dan aktiviti-aktiviti khusus yang dijalankan oleh Daerah Seberang Perai Tengah adalah seperti lampiran yang disertakan bersama-sama ini.