MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Adakah Majlis Perbandaran Pulau Pinang merancang untuk memasang peralatan senaman dan permainan kanak-kanak di padang/tanah lapang di Jalan Kampung Pisang, Kampung Lembah Ria, Padang Rumah Seratus, Padang Suria Kg. Melayu Lama, Kampung Mesjid Lorong Zoo 1, Kampung Tengah (Jalan Shaikh Eusoff) dan Padang Thean Teik. Bilakah akan dilaksanakan.
Dun -
Exco THN
Perkara ADUN

Jawapan
Ulasan dan perancangan MPPP berhubung pemasangan peralatan senaman dan permainan kanak-kanak di padang/tanah lapang yang disebutkan adalah seperti berikut:

(i) Padang/tanah lapang Jalan Kampung Pisang:

Padang tersebut digunapakai untuk padang bola sepak sahaja dan tidak sesuai untuk pemasangan alat permainan.

(ii) Tanah Lapang Kg. Lembah Ria (Happy Valley):

Tanah tersebut bukan tanah MPPP.

(iii) Padang Rumah Seratus:

Padang rumah seratus adalah di bawah jagaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan bukannya tanah MPPP. Alat permainan sedia ada telah dipasang oleh pihak PDC.

(iv) Padang Suria Kg. Melayu:

Tanah lapang tersebut bukan tanah MPPP. Padang ini merupakan tanah persendirian dan diselenggara oleh Kelab Suria. Alat permainan berintergrasi juga terdapat di sebelah bangunan kelab tersebut yang dipasang oleh Pejabat Daerah Timur Laut.

(v) Tanah Lorong Zoo:

Tanah lapang tersebut adalah tanah wakaf dan bukan tanah MPPP. Kawasan tersebut tidak sesuai untuk dijadikan kawasan taman kanak-kanak kerana saiz yang kecil dan bersebelahan jalan.

(vi) Tanah Shaik Eusoff:

Tanah tersebut adalah tanah wakaf dan kawasannya kecil. Tanah hanya memerlukan kerja-kerja pengindahan sahaja dan alat permainan kanak-kanak tidak sesuai dipasang di kawasan tersebut.

(vii) Padang Thean Teik:

Kerja-kerja menyelenggara sedang dijalankan oleh MPPP. Kawasan tersebut akan dianalisis dari segi kegunaan dan kapasiti penduduk setempat. Pada tahun 2005, MPPP tiada peruntukan untuk pemasangan alat permainan di kawasan tersebut.



Kembali