Jawapan
Sijil Penghunian untuk bangunan KOMTAR mula diperolehi pada tahun 1986. Bangunan lama yang berusia 19 tahun ini memang mempunyai banyak kekurangan dari segi kemasan dan juga kemudahan-kemudahan jika dibandingkan dengan bangunan atau kompleks yang baru. Walau bagaimanapun, PDC telah mengenalpasti kekurangan-kekurangan yang berlaku dan kini di dalam proses untuk mengambil tindakan untuk menaiktaraf bangunan KOMTAR yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Setakat September 2005, PDC telah membelanjakan sejumlah RM33.24 juta untuk menaiktaraf bangunan KOMTAR.
PDC sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik di antara Persatuan Peniaga KOMTAR (KMA) untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Beberapa perbincangan telah diadakan dengan KMA dari masa ke masa untuk mengenalpasti masalah yang timbul. Antara masalah-masalah yang dibangkitkan adalah penyelenggaraan pembaikan dan keselamatan KOMTAR.
Hasil daripada pertemuan-pertemuan tersebut, tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh PDC ialah menyediakan peruntukkan belanjawan yang secukupnya untuk membaiki kerosakan dan menjalankan kerja-kerja menaiktaraf bangunan. PDC dan KMA percaya, usaha untuk menarik balik pelanggan-pelanggan melawat KOMTAR akan dapat diatasi apabila kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf berjaya dilaksanakan. Disamping itu PDC juga sedang mengkaji cara untuk mengatasi masalah tempat meletak kereta disekitar KOMTAR dan bekerjasama dengan pihak Polis untuk meningkatkan tahap keselamatan di KOMTAR. Dalam masa yang sama PDC juga (melalui anak syarikat yang mengurus KOMTAR) akan membuat pengambilan pengawal keselamatan baru. Sila maklum masalah di KOMTAR ini bukan sahaja berkaitan dengan masalah penyelenggaraan sahaja malah berkait juga dengan faktor saingan dari gedung membeli belah yang baru dan canggih di Pulau Pinang.
Sijil Penghunian untuk bangunan KOMTAR mula diperolehi pada tahun 1986. Bangunan lama yang berusia 19 tahun ini memang mempunyai banyak kekurangan dari segi kemasan dan juga kemudahan-kemudahan jika dibandingkan dengan bangunan atau kompleks yang baru. Walau bagaimanapun, PDC telah mengenalpasti kekurangan yang berlaku dan kini di dalam proses untuk mengambil tindakan menaiktaraf bangunan KOMTAR yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingga September 2005, PDC telah membelanjakan sejumlah RM33.24 juta untuk menaiktaraf bangunan KOMTAR.
PDC sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik di antara Persatuan Peniaga KOMTAR (KMA) untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Beberapa perbincangan telah diadakan dengan KMA dari masa ke semasa untuk mengenalpasti masalah yang timbul. Antara masalah-masalah yang dibangkitkan adalah penyelenggaraan, pembaikan dan keselamatan KOMTAR.
Hasil daripada pertemuan-pertemuan tersebut, tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh PDC ialah menyediakan peruntukan belanjawan yang secukupnya untuk membaiki kerosakan dan menjalankan kerja-kerja menaiktaraf bangunan. PDC dan KMA percaya usaha, untuk menarik balik pelanggan-pelanggan melawat KOMTAR akan dapat diatasi apabila kerja-kerja pembaikan dan naik taraf berjaya dilaksanakan. Di samping itu PDC juga sedang mengkaji cara untuk mengatasi masalah tempat meletak kereta di sekitar KOMTAR dan bekerjasama dengan pihak PDRM untuk meningkatkan tahap keselamatan di KOMTAR. Dalam masa yang sama PDC juga (melalui anak syarikat yang mengurus KOMTAR) akan membuat pengambilan pengawal keselamatan baru. Untuk makluman, masalah di KOMTAR ini bukan hanya berkaitan dengan masalah penyelenggaraan sahaja, malah berkait juga dengan faktor saingan dari gedung membeli belah yang baru dan canggih di Pulau Pinang.