Jawapan
Di bahagian pulau; (Barat daya & Timur Laut)tindakan Operasi Bersepadu bersama Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Pelesenan, MPPP dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Polis, Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dijalankan untuk membendung gejala ini.
Walaubagaimanapun,tindakan penguatkuasaan MPPP ke atas penjaja-penjaja warga asing ini dilakukan kerana berniaga tanpa lesen atau menghalang laluan awam sahaja.
Tangkapan dan hukuman yang dikenakan ke atas pendatang haram adalah di bawah bidangkuasa Polis dan Jabatan Imigresen.
Bagi pihak MPSP di Seberang Perai;
Sekiranya terdapat pendatang haram menjalankan perniagaan semasa pemeriksaan dilaksanakan tindakan rampasan akan dilakukan.
Walubagaimanapun, hukuman yang dikenakan ke atas pendatang asing yang ditangkap adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen.
Selain itu, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menjalankan operasi dari semasa ke semasa ke atas pendatang haram yang berniaga di negeri ini. Sekiranya pendatang haram yang berniaga di negeri ini ditangkap, mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3) atau Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 atau Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk keputusan.
(i) Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)- Tidak memiliki pas/permit yang sah.
Jika disabitkan dengan kesalahan bertanggungan kepada suatu denda tidak lebih daripada RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya dan hendaklah bertanggungan kepada sebatan tidak lebih dari enam bulan.
(ii) Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)- Telah tinggal di negara ini selepas tamat tempoh mana-mana pas yang telah dikeluarkan kepadanya.
Jika disabitkan kesalahan bertanggungan kepada suatu denda tidak kurang daripada RM10,000.00 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.
(iii) Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963- Melanggar syarat-syarat pas yang dikeluarkan kepadanya.
Apabila disabitkan dengan kesalahan, hukuman penjara kepada tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau didenda tidak melebihi RM 1,000.00; atau kedua-dua penjara dan denda tersebut.