MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Sila nyatakan jumlah pekerja asing yang terdapat di Negeri Pulau Pinang bagi tempoh 3 tahun yang lepas. Apakah sektor-sektor pekerjaan mereka serta butiran dan jumlah mengikut setiap sektor. Siapakah yang mengawal dan mengawasi aktiviti sosial pekerja asing ini.
Dun -
Exco TKW
Perkara Keselamatan Negara

Jawapan
Jumlah warganegara asing yang telah dikeluarkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang pada tahun 2002, 2003 dan 2004 adalah seperti berikut:

JENIS SEKTOR TAHUN 2002 TAHUN 2003 TAHUN 2004
Pembantu rumah 13,604 26,949 30,270
Pembinaan 6,260 12,785 9,195
Pembuatan 31,186 39,855 45,974
Perkhidmatan 5,216 6,633 6,944
Perladangan 1,491 2,202 2,210
JUMLAH 57,757 88,424 94,593




Secara umumnya, agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, Jabatan Imigresen dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah pihak yang akan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan ke atas warganegara asing yang bermastautin di negeri ini. Walau bagaimanapun, mereka yang datang untuk bekerja di negeri ini perlu peka dengan budaya dan cara hidup rakyat di negeri ini dan menjaga tatasusila mereka dengan baik. Dalam hal ini, majikan mereka dan agensi pekerjaan yang menguruskan kemasukan mereka perlu lebih proaktif memberi penerangan/ingatan kepada pekerja asing tersebut supaya menjaga tingkahlaku mereka ketika berada di sini. Orang awam juga boleh membantu dengan melaporkan kes-kes jenayah/sosial yang berlaku kepada pihak berkuasa, dan tidak hanya melihat dan memerhati tanpa melakukan apa-apa tindakan.

Kembali