MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Sila nyatakan butir-butir mengenai pembangunan semula di kawasan Ujong Batu di Bagan. Bilakah kerja-kerja tersebut akan dimulakan.
Dun -
Exco TKM
Perkara Pembangunan

Jawapan
Pembangunan semula perumahan di kawasan Ujung Batu di Bagan dimajukan oleh Syarikat Ilham Dimensi Sdn. Bhd. Projek ini melibatkan dua fasa pembangunan seperti berikut:-

i)Pembangunan fasa 1 melibatkan pembangunan di atas tanah kerajaan seluas 19 ekar di Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh. Projek dijangka dapat dimulakan pada penghujung bulan Januari tahun 2006 dengan cadangan komponen pembangunan seperti berikut:-

a)1 blok flat kos rendah 600 unit
b)Rumah teres 2 tingkat 210 unit
c)Rumah kedai tiga tingkat 34 unit

Pembangunan fasa 1 dijangka siap dalam tempoh 30 bulan dari tarikh pembangunan tersebut dimulakan iaitu pada pertengahan tahun 2008; dan

ii)Pembangunan fasa 2 meliputi pembangunan di atas tanah kerajaan seluas 11.5 ekar di Ujung Batu, Bagan Dalam akan dimulakan selepas kawasan berkenaan dikosongkan oleh keluarga sedia ada yang berpindah ke Ampang Jajar. Projek ini dijangka akan dimulakan dalam tempoh tiga bulan setelah pembangunan fasa 1 siap dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan dari tarikh pembangunan fasa 2 dimulakan. Berikut adalah cadangan komponen pembangunan fasa 2:-

a)Rumah kos rendah 200 unit
b)1 blok flat sederhana rendah 300 unit
c)1 blok flat kos sederhana 600 unit
d)Rumah kedai 19 unit



Kembali