MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Terdapat beberapa bidang tanah terutama sekali tanah tebusguna yang bukan di bawah bidang kuasa MPPP dan MPSP. Ini bermakna majlis tidak mempunyai kuasa langsung atas kegunaan tanah itu dan juga mengutip cukai pintu. Adakah tanah tersebut diwartakan. Sekiranya ada, bilakah ianya akan diwartakan dan jika tidak bilakah ianya akan diwartakan.
Dun -
Exco TKM
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
Tanah yang ditebus guna terletak di bawah bidang kuasa negeri. Kerajaan negeri selepas ini boleh membuat keputusan melalui pewartaan untuk meletakkan kawasan yang berkenaan di bawah mana-mana pentadbiran kerajaan tempatan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Selaku pihak berkuasa tempatan ia mempunyai kuasa sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Sehingga pewartaan ini dibuat kuasa perancangan kegunaan tanah masih terletak di bawah kerajaan negeri.
Kembali