Jawapan
7. Polis DiRaja Malaysia, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Jabatan Pengangkutan Jalan serta Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan dan mengeluarkan kompaun ke atas kenderaan berat yang diletak merata-rata berpandukan kuasa yang ada pada masing-masing. Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengeluarkan kompaun ke atas kenderaan berat yang diletak di atas siar kaki awam atau di luar petak kereta di dalam kawasan letak kereta yang diwartakan. Walau bagaimanapun sekiranya kenderaan berat diletak di atas jalan awam, tindakan sedemikian tidak dapat dilakukan. Jabatan Pengangkutan Jalan pula mengeluarkan saman atas kesalahan meletak kenderaan secara menghalang lalu lintas di kawasan berhampiran dengan kawasan perumahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 16, Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 (Halangan). Pihak polis juga mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Begitu juga LPKP akan memberi kerjasama sekiranya terdapat mana-mana kenderaan perdagangan melakukan apa sahaja kesalahan yang berkaitan dengan undang-undang LPKP.
Jumlah saman yang dikeluarkan mengikut dari tahun 2000 hingga 2004 oleh agensi-agensi berkaitan adalah seperti di lampiran.
LAMPIRAN
Jumlah kompaun/saman yang dikeluarkan oleh agensi-agensi.
Jabatan DTL DBD SPU SPT SPS JUMLAH
2000 MPSP
-
-
348
398 348 1,094
MPPP 3 2 - - - 5
POLIS 0 0 2 5 25 32
MPSP - - 425 372 115 912
2001 MPPP 6 4 - - - 10
POLIS 0 0 4 6 15 25
2002 MPSP - - 273 168 326 767
MPPP 5 - - - - 5
POLIS 0 0 5 21 26 52
2003 MPSP - - 261 159 507 927
MPPP 6 3 - - - -
POLIS 0 0 7 9 23 39
2004 MPSP - - 373 240 630 1,243
MPPP 7 0 - - - 7
POLIS 8 0 30 18 24 80
2005 MPSP - - 320 347 487 1,154
MPPP 11 - - - - 11
POLIS 0 0 10 25 28 63
JPJ 4