Jawapan
11. Pembayaran RM60.00 adalah wang cengkeram bekalan air untuk kediaman biasa dan tempat meter (meter position) telah disediakan oleh tukang paip atau pemaju.
Meter lama biasanya ditukar setelah 8-12 tahun penggunaannya atas sebab jangka hayat peralatan mekanikal akan menjejaskan rekod jumlah kegunaan air. Semasa PBAPP menjalankan kerja-kerja penukaran, biasanya tempat meter telah karat dan perlu ditukar sekali. Tempat meter ini adalah disenaraikan sebagai retikulasi dalaman kepunyaan tuan rumah.
Kos penukaran tempat meter ini akan dikenakan kepada tuan rumah berasaskan bahan-bahan yang digunakan dan kos tenaga kerja. Kadar kos tenaga kerja ialah RM13.50 sahaja untuk semua tempat meter.
Biasanya kos keseluruhan penukaran meter air adalah tidak melebihi RM200.00 tertakluk kepada keadaan penyambungan. Untuk makluman, bahan yang digunakan sekarang adalah brass & stainless steel manakala bahan lama adalah galvanised iron yang mudah karat. Selepas ini, pengguna tidak akan dikenakan lagi kos penukaran meter oleh sebab bahan brass & stainless steel akan lebih tahan lasak melainkan tempat meter dirosakkan akibat dari punca-punca lain.