Jawapan
Harga minyak mentah dunia terus meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan dalam masa yang sama petunjuk harga pengguna atau kadar inflasi juga turut meningkat selari dengan peningkatan harga minyak. Bagi Negeri Pulau Pinang, impak kenaikan harga minyak ke atas ekonomi dapat dilihat seperti berikut:
i) Peningkatan pada kos pengeluaran barangan dan
perkhidmatan;
ii) Kesan ke atas paras harga dan inflasi; dan
iii) Pertumbuhan ekonomi yang rendah/perlahan.
Bagi penyelesaian jangka panjang, kerajaan negeri boleh menggunakan pendekatan bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak ke atas ekonomi Pulau Pinang seperti berikut:
i) Mengurangkan tahap terlalu bergantung kepada penggunaan minyak sebagai sumber tenaga. Sebaliknya sumber baru tenaga seperti penggunaan gas asli boleh digunakan sebagai alternatif kepada penggunaan minyak; dan
ii) Kerajaan negeri menyediakan sistem pengangkutan
awam yang lebih cekap sama ada dengan mempertingkatkan sistem pengangkutan sedia ada atau membina sistem pengangkutan baru seperti aliran transit ringan atau sistem pengangkutan bas awam yang lebih cekap bagi memastikan sumber tenaga digunakan dengan lebih efisien dan berkesan.