Jawapan
i) Perincian bilangan kes demam denggi yang positif serta jumlah kematian yang dicatatkan mengikut daerah sejak tahun 2000 adalah seperti Jadual 1. Manakala perincian jumlah kes demam denggi yang dilaporkan mengikut jantina adalah seperti di Jadual 2.
ii) Punca – punca penyebab penyakit demam denggi yang dikenalpasti adalah seperti berikut :
• Keadaan cuaca pada bulan September yang tidak menentu iaitu keadaan cuaca yang panas dan lembab yang berselang seli mengakibatkan penambahan kepada kepadatan nyamuk kerana penambahan tempat – tempat air bertakung.
• Terdapat banyak kawasan di mana aspek kebersihan tidak berikan perhatian terutamanya dari segi pembuangan sampah sarap.
• Penyelenggaran sesetengah bangunan pangsapuri yang kurang menitikberatkan kebersihan kawasan kediaman dan persekitaran.
• Sikap segelintir masyarakat yang kurang endah terhadap kebersihan kediaman dan kawasan persekitaran. Selain daripada itu, terdapat juga individu yang enggan bekerjasama semasa aktiviti pengasapan dijalankan.
iii) Bilangan premis swasta yang disahkan mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes adalah 1,161 buah manakala bilangan premis kerajaan yang terbabit adalah 46 buah. Tindakan yang diambil terhadap premis-premis terbabit adalah berdasarkan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. Melalui Akta ini, mereka yang didapati bersalah akan dikenakan samada notis amaran, tindakan kompaun , tindakan mahkamah atau diarahkan menutup premis/memberhentikan operasi. Sehingga 31 Oktober 2005, sebanyak 799 notis dan 1,079 kompaun dikeluarkan serta 1 kes tindakan mahkamah telah dikenakan.