Jawapan
Jabatan Kejuruteraan, MPPP telah menjalankan siasatan di tapak pada 24.6.2005 dan mendapati:
(i) Tiada sebarang kerosakan pada parit,
(ii) Parit di belakang rumah No. 53, Taman Hijau Satu lebih rendah dari parit bertentangan tetapi separas dengan parit-parit yang lain di sekitarnya, dan
(iii) Sekiranya air parit monsun melimpah masuk ke parit di lorong belakang rumah No. 53, Taman Hijau Satu ini, kemungkinan besar seluruh kawasan Jalan Hijau dan Taman Hijau akan mengalami masalah yang sama.
Berdasarkan siasatan yang dibuat, sekiranya berlaku banjir di kawasan ini, ianya bukanlah disebabkan parit tepi jalan atau parit lorong belakang. Kemungkinan besar ianya disebabkan parit besar yang di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran tidak mampu menanggung beban aliran di kawasan ini.
Mengikut penghuni rumah No. 53, Taman Hijau Satu, air melimpah masuk ke lorong belakang rumah beliau disebabkan oleh parit monsun yang telah menjadi cetek kerana selut dan pasir di dasar parit tidak dikeluarkan. Pada masa sekarang, parit monsun telah dicuci dan banjir tidak berlaku lagi.