Jawapan
(1) Syarat-syarat yang melayakkan individu/syarikat memohon Lesen Pendudukan Sementara atau TOL di Pulau Pinang adalah seperti dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara, 1965, iaitu:
i) Orang-orang benar selain daripada remaja;
ii) Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah;
iii) Raja-Raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957;
iv) Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
(2) Syarat-syarat lain yang dipertimbangkan bagi permohonan tanah TOL di Negeri Pulau Pinang melalui pertimbangan J/Kuasa Temuduga Daerah.
i. Tempat lahir pemohon/ibu bapa.
ii. Umur pemohon
iii. Status pemohon (kahwin/bujang/ibu tunggal/bapa tunggal)
iv. Bilangan tanggungan pemohon
v. Status pekerjaan pemohon
vi. Pendapatan pemohon dan isteri
vii. Pemilikan rumah dan tapak kediaman
viii. Sumbangan pemohon kepada kerajaan
(3) Pada ketika ini, tiada lot-lot tanah TOL yang kosong di Permatang Damar Laut, Batu Maung dan juga Sungai Ara kerana sebahagiannya telah dilupuskan TOL dan sebahagian lagi masih dalam pertimbangan pihak berkuasa Negeri.
ARA OK - 15/5/06