Jawapan
Pada peringkat ini, Pihak IPD Barat Daya masih tidak ada rancangan untuk menubuhkan Pondok Polis bagi KADUN Pantai Jerejak. Pada masa kini di bawah pentadbiran Balai Polis Bayan Lepas, terdapat 5 buah Pondok Polis, iaitu Pondok Polis Jalan Tengah, Pondok Polis Sg Ara, Pondok Polis Permatang Damar Laut, Pondok Polis Batu Maung dan Pusat Khidmat Polis FIZ.
Dari segi geografi, kedudukan KADUN Pantai Jerejak bersempadanan dengan Sg. Nibong (IPD Timur Laut), Jalan Tengah Bayan Baru, Tunas Muda, Bukit Jambul (IPD Timur Laut) dan kawasan pantai Jerejak. Pihak Polis menggangap bahawa dengan adanya pentadbiran Balai Polis Bayan Lepas dan 4 pondok polis serta 1 buah Pusat Khidmat Polis yang sedia ada, Polis mampu memberi `respon time` jika berlaku kejadian jenayah.
Jarak diantara Balai dan Pondok antara 3 km hingga 6 km sahaja.
Pihak IPD Barat Daya pernah mencadangkan pewujudan Balai Polis Batu Maung bagi menaikkan taraf pondok polis Batu Maung dan Pusat Khidmat Polis FIZ. Cadangan ini berasaskan kepesatan kemajuan kawasan Batu Maung dan memberi keyakinan/menggalakkan pelabur-pelabur asing dengan jaminan keselamatan yang maksima di kawasan perindustrian FIZ tersebut.
Diharapkan dengan pewujudan Balai Polis Batu Maung ini dengan tidak secara langsung yang merangkumi kawasan Pantai Jerejak yang terletak di sebelah utara. Lokasi tapak cadangan ialah di tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia berhadapan Lebuhraya Bayan Lepas.