MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Adakah kerajaan negeri menyediakan satu garis panduan untuk memelihara haiwan seperti kucing dan anjing di rumah pangsa. Sekiranya ada, adakah kerajaan tempatan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap penghuni-penghuni rumah pangsa yang melanggar garis panduan tersebut.
Dun -
Exco THN
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
Pada masa sekarang, tiada peruntukan di dalam undang-undang kecil MPPP untuk mengawal pemeliharaan kucing dan anjing di rumah pangsa. Walau bagaimanapun, Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing yang baru dijangka dikuatkuasakan dalam tahun 2006 dan ianya akan melarang sebarang pemeliharaan anjing di rumah pangsa.

Di bawah Undang-Undang 13 (i) dalam Undang-Undang Kecil Kawalan Anjing MPSP 1982, anjing tidak boleh disimpan/dipelihara dalam rumah pangsa kecuali tingkat bawah sahaja. Pemeliharaan kucing tidak tertakluk kepada apa-apa peruntukan undang-undang.

Di bawah Seksyen 82 (b) Akta Kerajaan Tempatan 1976, tindakan boleh diambil jika pemeliharaan ternakan itu mendatangkan suatu kacauganggu kepada jiran. Tindakan kompaun atau sita boleh diambil. Perbadanan Pengurusan bagi setiap rumah pangsa juga boleh menguatkuasakan peruntukan tersebut melalui peraturan dalaman (house rules) bagi semua penghuni.
Kembali